Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Lawatan Kerja Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ke Santuari Kelah dan Taman Herba TASIK KENYIR

25 Jun 2025
Lawatan Kerja Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ke Santuari Kelah dan Taman Herba TASIK KENYIR

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) berbesar hati menerima lawatan kerja daripada Ahli Mesyuarat Penyelarasan Program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) Zon Timur yang diketuai oleh YBrs. Encik Zuraime bin Ahmad, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Kesejahteraan Rakyat, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), ke Santuari Kelah dan Taman Herba Tasik Kenyir.


Lawatan ini diadakan bersempena Mesyuarat Penyelarasan Program SPKR Zon Timur. Dalam sesi lawatan tersebut, YBrs. Encik Zuraime bin Ahmad turut meninjau sendiri potensi dan perkembangan fasiliti yang dibangunkan di lokasi pelancongan berasaskan komuniti tersebut.


Objektif utama lawatan ini adalah bagi menjadikan Santuari Kelah sebagai model rujukan kepada pelaksanaan Program Komuniti Sejahtera (PKS) di bawah inisiatif KKDW, dengan pendekatan yang menekankan kepada keseimbangan antara pembangunan ekonomi, sosial dan pemeliharaan alam sekitar untuk manfaat komuniti setempat.


KETENGAH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBrs. Encik Zuraime atas kehadiran serta memberi sokongan terhadap usaha berterusan KETENGAH dalam memperkasa kesejahteraan rakyat luar bandar.


Diharapkan kerjasama erat antara KETENGAH dan KKDW ini akan terus menyumbang kepada kejayaan pelaksanaan agenda pembangunan komuniti desa yang inklusif dan mampan.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
252
Bulan Ini
17,187
Jumlah
3,962,067

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.