Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

HARI TERBUKA KENYIR GEOPARK 2026 ANGKAT KEUNIKAN WARISAN ALAM DAN BUDAYA HULU TERENGGANU

11 November 2026
HARI TERBUKA KENYIR GEOPARK 2026 ANGKAT KEUNIKAN WARISAN ALAM DAN BUDAYA HULU TERENGGANU

HULU TERENGGANU, 11 NOVEMBER 2026 – Program Hari Terbuka Kenyir Geopark 2026 menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemuliharaan warisan geologi, biodiversiti serta khazanah budaya yang terdapat di kawasan Kenyir Geopark.


Program anjuran Pejabat Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama Jawatankuasa Kenyir Geopark itu berlangsung selama dua hari, bermula 11 hingga 12 November 2026, bertempat di Dewan Besar Majlis Daerah Hulu Terengganu dan Dataran Majlis Daerah Hulu Terengganu, Kuala Berang.


KETENGAH turut mengambil bahagian dalam program tersebut menerusi pembukaan reruai pameran yang mengetengahkan produk dan potensi pelancongan wilayah KETENGAH. Antara tarikan utama reruai berkenaan ialah penyediaan minuman herba secara percuma yang dihasilkan daripada Taman Herba Tasik Kenyir kepada para pengunjung.


Selain itu, KETENGAH turut mempromosikan pelbagai pakej pelancongan wilayah KETENGAH yang ditawarkan oleh Ketengah Niaga & Tours Sdn. Bhd. sebagai usaha memperkenalkan produk pelancongan tempatan serta menarik lebih ramai pengunjung menerokai keunikan destinasi pelancongan di wilayah ini.


Penganjuran program ini bertujuan mempromosikan Kenyir Geopark sebagai destinasi geopelancongan, pendidikan dan penyelidikan, selain memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kepentingan geopark dalam menyokong pembangunan mampan serta pemeliharaan khazanah alam semula jadi.


Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh YB Datuk Razali bin Idris, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu. Hadir sama dalam majlis ini Encik Shamsul Kamal bin Mohd Amin, Pengurus Bahagian Zon Bebas, KETENGAH.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
515
Bulan Ini
33,178
Jumlah
4,015,175

Kemaskini: 16 November 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.