Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

KURSUS PENULISAN DOKUMEN RASMI KEPADA PEGAWAI KETENGAH TAHUN 2024

2 Disember 2024
KURSUS PENULISAN DOKUMEN RASMI KEPADA PEGAWAI KETENGAH TAHUN 2024

Penulisan dokumen rasmi khususnya dalam mesyuarat adalah asas kepada komunikasi yang berkesan dalam organisasi. Ianya dapat mencerminkan profesionalisme jabatan dan merupakan medium penting dalam menyampaikan maklumat dan membuat keputusan. 


Pegawai yang diamanhkan sebagai urus setia mesyuarat sedia maklum, bahawa terdapat banyak cabaran dalam penulisan dokumen rasmi iaitu kebanyakan bahasa yang digunakan adalah bahasa yang terlalu teknikal atau sukar difahami oleh pembaca atau ahli mesyuarat. Kekeliruan boleh berlaku jika dokumen tidak mencerminkan keputusan sebenar mesyuarat.


Oleh itu, hasrat Pengurus Besar KETENGAH adalah untuk melihat pegawai di KETENGAH dapat menguasai penulisan dokumen rasmi dengan baik. Pelaksanaan kursus ini bertujuan untuk membantu pegawai memahami prinsip asas penulisan dokumen rasmi, memberi panduan praktikal untuk meningkatkan ketepatan, kejelasan, dan profesionalisme dokumen, serta meningkatkan keyakinan dalam menyediakan dokumen rasmi berkualiti tinggi. 


Selain itu, kursus ini dapat melancarkan proses kerja dan juga meningkatkan keyakinan dalam komunikasi dalaman dan luaran. Dokumen rasmi yang berkualiti dapat mencerminkan imej jabatan yang cekap dan terurus.


Kursus ini melibatkan seramai hampir 40 orang Pegawai Pengurusan dan Profesional KETENGAH. Kursus ini telah dikendalikan oleh Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia dengan kerjasama Puan Noorzaidah binti Mohamed Noor, Munsyi Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Encik Hasri bin Omar, Pengurus Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
285
Bulan Ini
17,220
Jumlah
3,962,100

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.