Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Akrab

"Berkhidmat Membimbing"

Visi

Menjadi Pemangkin Bagi Mewujudkan Modal Insan Cemerlang Dalam Organisasi.

Misi

Membangunkan Potensi Diri Rakan Sekerja Melalui Program Dan Perkhidmatan Yang Terancang dan Berterusan.

Objektif

  1. Menyediakan Perkhidmatan Bimbingan Bagi Membantu Rakan Sekerja Meningkatkan Potensi dan Kecemerlangan Diri.
  2. Melaksanakan Program-Program Khidmat Sosial dan Kebajikan Bagi Mengeratkan Hubungan Silaturahim.
  3. Meningkatkan Potensi Diri Rakan Sekerja Melalui Program Pendidikan Dan Kemahiran.
  4. Meningkatkan Kompetensi Ahli AKRAB Bagi Menyediakan Perkhidmatan Terbaik Kepada Rakan Sekerja.

Etika

Kerahsiaan

Ahli AKRAB mesti menyimpan semua maklumat yang berhubung proses menolong dalam segala aspek yang dibincangkan kecuali pendedahan untuk kebaikan rakan yang dibimbing dan keperluan perkhidmatan.

Terma dan Syarat

Ahli AKRAB mestilah menghormati kepelbagaian individu dan tidak mendiskriminasikan rakan yang dibimbing atas sebab-sebab seperti umur, pangkat, ketidakupayaan fizikal, budaya, agama, etnik, jantina, status perkahwinan atau status ekonomi.

Perhubungan Profesional

Ahli AKRAB mesti berusaha untuk mengelakkan perhubungan mesra berlebihan dengan rakan yang dibimbing sehingga boleh melemahkan pertimbangan profesional dan meningkatkan risiko atau menjejaskan imej kepada rakan yang dibimbing.

Merujuk Kepada Pegawai Psikologi

Ahli AKRAB perlu membuat rujukan kepada pihak yang lebih sesuai, terutama Pegawai Psikologi, jika menyedari keupayaan dirinya untuk membantu rakannya terbatas.

Pelan Strategik

Pemantapan Organisasi AKRAB Ketengah

  • Mewujudkan struktur organisasi AKRAB yang mantap, sistematik dan fungsional.
  • Pengiktirafan AKRAB di peringkat KETENGAH sebagai nilai tambah dan ganjaran dalam perkhidmatan.
  • Kewujudan AKRAB yang boleh dimanfaatkan oleh semua kakitangan.

Strategi

  • Meningkatkan kepimpinan dan kecekapan tadbir urus organisasi AKRAB KETENGAH ke arah melahirkan warga KETENGAH yang harmoni dan seronok bekerja.
  • Menyusun atur program dan aktiviti tahunan AKRAB secara berkala.
  • Promosi peranan dan fungsi AKRAB.

Peningkatan Kompetensi Peribadi dan Profesional Ahli AKRAB Ketengah

  • Melahirkan ahli AKRAB yang kompeten dan mempunyai keyakinan diri untuk menjalankan tanggungjawab kesukarelaan AKRAB melalui program latihan yang holistik meliputi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman secara terancang dan teratur.

Strategi

  • Melahirkan ahli AKRAB yang berwawasan, berilmu, proaktif, berwibawa, berketrampilan, berintegriti, fungsional, mesra dan kompeten.

Memperkasakan Warga Kerja Melalui Pengukuhan Nilai Kerja Cemerlang

  • Meningkatkan kesejahteraan warga KETENGAH melalui program yang bersesuaian.
  • Berperanan sebagai medium perantaraan di antara rakan sekerja dan pihak pengurusan.
  • Memupuk budaya kerja cemerlang dan saling bantu membantu.

Strategi

  • Membantu rakan sekerja melalui pelaksanaan sesi bimbingan yang sempurna.
  • Pelaksanaan program-program yang menjurus ke arah budaya kerja yang sihat dan positif.
  • Mengukuhkan pengurusan dokumentasi.

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
231
Bulan Ini
17,166
Jumlah
3,962,046

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.