Logo

  • Asas kepada logo ini ialah huruf “K” dalam dimensi grafik sebagai huruf pertama bagi ejaan nama KETENGAH. Keseluruhan lakaran logo ini memberikan imej teguh, padu dan dinamik yang melambangkan KETENGAH sebagai sebuah agensi yang kukuh dan menjadi tempat bernaung kepada penduduk khususnya di wilayah KETENGAH dan Negeri Terengganu amnya.
  • Bentuk binaan yang membentuk satu puncak tajam ke atas di samping melambangkan pembangunan fizikal, juga menunjukkan KETENGAH mempunyai satu matlamat untuk menjayakan pembangunan di luar bandar selari dengan hasrat mewujudkan kawasan luar bandar yang maju, menarik dan menguntungkan.
  • Bentuk lakaran dua garisan melengkung pula menunjukkan pembangunan seimbang iaitu di antara pembangunan fizikal dan manusia. Ia juga melambangkan kesan pergerakan yang memanifestasikan kemajuan serta kesediaan ketengah melaksanakan anjakan paradigma bagi memaksimunkan impak pembangunannya.
  • Warna merah melambangkan semangat yang jitu serta kesungguhan KETENGAH dan kakitangannya di dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dirancang. Warna biru pula melambangkan perpaduan serta penekanan KETENGAH kepada ketinggian produktiviti, kemakmuran dan kedamaian di wilayahnya.
  • Tapak yang membentuk asas logo ialah perkataan KETENGAH merupakan singkatan nama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah yang telahpun dikenali ramai dan digunakan dengan meluas semenjak tahun 1976.
  • Logo baru ini dilancarkan sempena majlis sambutan Hari Kualiti KETENGAH 2003 oleh Y.Bhg. Dato’ Idris Jusoh, Bekas Pengerusi KETENGAH yang berlangsung pada 23 Oktober 2003.