Unit Audit Dalam
Fungsi Unit:
- Mengkaji semula kebolehpercayaan dan ketetapan rekod serta data kewangan
- Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalam organisasi
- Menilai secara teratur operasi-operasi dari segi ekonomi, kecekapan dan keberkesanan terhadap sumber-sumber yang diurus dan digunakan oleh Lembaga
- Menentukan semua harta milik Lembaga disimpan, direkod dan dilindungi dengan sewajarnya
- Memberikan laporan yang bebas, jelas dan tepat pada masanya kepada pihak pengurusan mengenai perjalanan operasi Lembaga
- Mengesyorkan langkah-langkah bagi memperbaiki perjalanan operasi dan pengurusan yang memerlukan pengubahsuaian dan pembetulan
- Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuat kuasa
- Mengkaji aktiviti organisasi diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan serta hasilnya selaras dengan objektif yang telah ditentukan
- Memberi nasihat dan pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem ICT
- Melaporkan kepada Pengurus Besar hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan
- Menyediakan Rancangan Tahunan untuk kelulusan Pengurus Besar dan makluman kepada Jawatankuasa Audit
- Membentangkan Laporan Audit Dalam kepada Pengurusan, Jawatankuasa Audit KETENGAH dan seterusnya Jemaah Lembaga
- Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Audit KETENGAH
- Menyelaras tugas Unit Audit Dalam dengan Audit Luar





