Jawatan Kosong 2022

IKLAN JAWATAN KOSONG
Permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa bagi memohon jawatan di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dalam Perkhidmatan Kumpulan Pelaksana. Keutamaan akan diberi kepada pemohon yang menetap di Negeri Terengganu.
  1. Penolong Juruukur
  2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
  3. Pemandu Kenderaan
CARA MEMOHON
1. Permohonan hendaklah dibuat terus secara ATAS TALIAN menggunakan Sistem e-Jawatan KETENGAH yang boleh dilayari melalui laman web rasmi KETENGAH, https://www.ketengah.gov.my atau terus ke https://ejawatan.ketengah.gov.my
2. Pemohon-pemohon yang pernah memohon adalah dikehendaki memohon semula jika masih berminat dan layak.
3. Permohonan-permohonan berikut AKAN DITOLAK:-
  • Pemohon berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
  • Tidak disertakan dokumen-dokumen yang diperlukan;
  • Maklumat tidak lengkap atau tidak terang;
  • Tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di dalam iklan;
  • Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi Pegawai yang sedang berkhidmat
4. Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Julai 2022.
CATATAN AM
1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga.
2. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh iklan ditutup, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
3. Sebarang tuntutan perjalanan menghadiri temuduga jawatan ini adalah tanggungjawab sendiri.
Riang Ria Keluarga KETENGAH bersama NGO
Bengkel Pembangunan dan Pemurnian Kriteria Penggredan Premis Penginapan Pelancong Hotel Inovatif Kategori Houseboat

Artikel Lain