Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH

Logo PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH
Bulan (Sabit) dan Bintang
Melambangkan negeri-negeri dalam Malaysia di mana ahli-ahli PUSPANITA dapat menyatupadukan tenaga.
Buku
Melambangkan pengetahuan dan kemahiran yang perlu dipertingkatkan secara berterusan.
Bunga Padi
Melambangkan perpaduan di kalangan ahli-ahli wanita berbilang kaum dalam perkhidmatan.
Bunga Raya
Melambangkan peranan persatuan ke arah pencapaian aspirasi dan matlamat pembangunan Negara.
P dan PA
Melambangkan kewanitaan.
Warna Emas
Melambangkan kepentingan kualiti yang unggul sebagai teras kecemerlangan.
Warna Ungu
Melambangkan kemuliaan sumbangan sukarela ahli-ahli.

Dasar

  • Untuk meningkatkan keutuhan dan daya saing wanita untuk pembangunan negara di era k-ekonomi dan globalisasi.
  • Untuk membantu meningkatkan prestasi dan imej perkhidmatan awam ke arah menyokong pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.
  • Memupuk dan memantapkan nilai positif di kalangan wanita ke arah pembangunan dan kecemerlangan sahsiah dan kecemerlangan diri.
  • Membantu memupuk hubungan kekeluargaan yang harmoni ke arah membanteras gejala sosial.

Strategi

  • Meningkatkan jumlah keahlian.
  • Meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan di kalangan ahli-ahli.
  • Mengadakan perkongsian pintar antara PUSPANITA dengan badan-badan kerajaan dan swasta di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  • Menjana aktiviti yang menyokong dasar-dasar kerajaan:
    • Ke arah merealisasikan Wawasan 2020.
    • Mewujudkan masyarakat penyayang, sihat dan cergas.
    • Penerapan nilai-nilai murni.
    • Prihatin terhadap alam bina dan alam sekitar.

Lirik Lagu PUSPANITA

PUSPANITA PUSPANITA PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
PUSPANITA PUSPANITA PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
Bulan bintang 14 penjuru
Lambang keutuhan bersatu padu
Isteri pegawai kakitangan semua
Berganding bahu saling membantu
Sudah menjadi rasmi pembangunan
Isteri bersama memberi kebajikan
Disamping itu bertukar pandangan
Menambah ilmu serta pengetahuan
Bunga padi tanda keteguhan
Bergaul mesra tak kira keturunan
Beramah tamah tak kira pangkat
Tujuan asas capai matlamat
PUSPANITA mengorak langkah
Peranan suri pendidik diasah
Sifat kewanitaan meninggikan maruah
Perikemanusiaan menjadi falsafah
PUSPANITA PUSPANITA PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
PUSPANITA PUSPANITA PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
231
Bulan Ini
17,166
Jumlah
3,962,046

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.