Unit Integriti
Penubuhan Unit Integriti merupakan satu lagi komitmen kerajaan bagi melahirkan warga kerja yang berintegriti dan pada masa yang sama meningkatkan keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan agensi-agensi awam, selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013: Penubuhan Unit Integriti di Semua Agensi Awam.
Unit Integriti KETENGAH telah diwujudkan secara rasmi mulai 1 Januari 2014 dan diletakkan di bawah tanggungjawab Pengurus Besar serta dikawal selia oleh Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia.
Fungsi Teras Unit Integriti
Tadbir Urus Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan dalam organisasi.
Pengukuhan Integriti : Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.
Pengesanan dan Pengesahan : Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku jenayah serta pelanggaran tata kelakuan dan etika organisasi, serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil.
Pengurusan Aduan : Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan dan maklumat mengenai salah laku jenayah serta pelanggaran tata kelakuan dan etika organisasi.
Pematuhan : Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.
Tatatertib : Melaksanakan fungsi urusetia Lembaga Tatatertib.





