Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

MAJLIS PECAH TANAH PUSAT KONSERVASI TUNTUNG SUNGAI, KAMPUNG PASIR GAJAH, KEMAMAN, TERENGGANU DARUL IMAN

17 Februari 2026
MAJLIS PECAH TANAH PUSAT KONSERVASI TUNTUNG SUNGAI, KAMPUNG PASIR GAJAH, KEMAMAN, TERENGGANU DARUL IMAN

Majlis Pecah Tanah Kerja-kerja Pembinaan Pusat Konservasi Tuntung Sungai telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Rozi bin Mamat, Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) bertempat di Dewan Orang Ramai (DORA), Kampung Pasir Gajah, Kemaman, Terengganu Darul Iman.


Turut menyerikan majlis adalah barisan Pengurusan KETENGAH yang diketuai oleh YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH, Encik Mohd Khusyaril bin Samsudin, Pegawai PERHILITAN Daerah Kemaman, Dr Chen Pelf Nyok, Pengasas Bersama dan Pengarah TCS yang mewakili Pengerusi Persatuan Tuntung Malaysia, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi Daerah Kemaman dan barisan jawatankuasa JPKKP serta komuniti Kampung Pasir Gajah.


Majlis Pecah Tanah dengan gimik perasmian simbolik makluman awal akan Kerja-kerja Pembinaan Pusat Konservasi Tuntung Sungai oleh pihak KETENGAH bagi menggantikan pusat sedia ada yang beroperasi di ruang sementara DORA dengan kos sebanyak RM255,200.00 melibatkan penyediaan bangunan yang lebih selesa, selamat dan mesra pengunjung serta lengkap dengan galeri, ruang taklimat, kolam pengeraman, kolam penetasan, kiosk jualan produk jahitan oleh Komuniti Wanita, makmal penyelidikan dan rawatan, tandas gunasama serta pejabat yang dibangunkan di bawah peruntukan Program Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) Daerah Kemaman.


Majlis turut diserikan dengan penyampaian sumbangan bakul makanan kepada 26 orang asnaf setempat, jualan usahawan PROSPEK oleh Komuniti Wanita, taklimat dan lawatan ke galeri sementara konservasi tuntung, solat Zohor berjemaah dan solat hajat dan tahlil diakhiri dengan jamuan makan melibatkan jemputan seramai hampir 300 orang.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
361
Bulan Ini
17,296
Jumlah
3,962,176

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.