Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

MAJLIS PENYERAHAN APRON BAZAR RAMADAN 2026

23 Februari 2026
MAJLIS PENYERAHAN APRON BAZAR RAMADAN 2026

Majlis Penyerahan Apron sempena Jualan Bazar Ramadan Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 22 Februari 2026 bersamaan 4 Ramadan 1447H melibatkan peniaga di setiap Perbandaran KETENGAH.


Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Rozi bin Haji Mamat, Pengerusi KETENGAH. Turut hadir Pengurus Besar KETENGAH YM. Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Encik Zainuddin bin Hj. Md. Zaki Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad , Pengurus Kanan Korporat, Encik Hasri bin Omar, Pengurus Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia, Tuan Haji Mohd Radzi bin MD Noor, Pengurus Hartanah dan Kuasa Tempatan, Encik Mohd Faiq bin Mohd Abd Majid, Pengurus Ekonomi dan Usahawan, serta pegawai-pegawai yang bertugas.


Seramai 125 orang peniaga menerima apron rasmi sebagai simbol penyertaan dan komitmen dalam menjayakan Bazar Ramadan 2026 di Ketengah Jaya, Ceneh Baharu, Al Muktafi Billah Shah dan Bukit Besi.


Program ini mencerminkan komitmen berterusan KETENGAH dalam memastikan pengurusan bazar lebih tersusun, berimej profesional serta memberi manfaat kepada peniaga dan komuniti setempat.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.