Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

KETENGAH DEKATI KOMUNITI BUKIT BESI, SANTUNI USAHAWAN DAN PRIHATIN KEBAJIKAN MASYARAKAT

5 November 2026
KETENGAH DEKATI KOMUNITI BUKIT BESI, SANTUNI USAHAWAN DAN PRIHATIN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) terus memperkukuh hubungan bersama masyarakat setempat menerusi penganjuran Program Mengeteh Pengurusan KETENGAH Bersama Komuniti yang berlangsung di Warung Roti Nan, Bandar Bukit Besi, hari ini.


Program tersebut diketuai oleh Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato' Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa dan turut dihadiri YBhg. Dato' Dr. Haji Din bin Adam, Pengerusi Komuniti KEMAS Parlimen Dungun, barisan pengurusan KETENGAH, pegawai perubatan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Pengerusi JPKKP serta ahli jawatankuasa JPKKP.


Bermula dengan sesi minum pagi dan pertemuan santai bersama komuniti, program ini menjadi platform interaksi secara langsung antara pihak pengurusan KETENGAH dengan masyarakat bagi berkongsi pandangan, mendengar aspirasi serta memahami keperluan penduduk setempat.


Program turut disusuli dengan dua pengisian utama, iaitu penyerahan bantuan menerusi Program Start Right (PSR) dan Ziarah Kasih kepada penduduk di Kampung Bukit Besi serta Perumahan Bukit Besi.


Menerusi Program Start Right Tahun 2026, seramai lima orang usahawan menerima manfaat dengan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak **RM100,000.00**, melibatkan bantuan kursus dan coaching serta penyediaan peralatan perniagaan.


Lima penerima manfaat tersebut ialah Muhammad Azrullah bin Osman, Muhammad Zaharin bin Mohd Shafie, Che Wan Mohd Faiz Fiqri bin C.W. Azrolmadi, Mohd Hidayat bin Ismail dan Nurul Iffah Masturah binti Azuhan yang masing-masing menjalankan perniagaan dalam bidang elektrik dan elektronik, pembaikan mobile/gajet, perkhidmatan gunting rambut, automotif serta seni dan reka bentuk/dekorasi.


Inisiatif ini diharap dapat membantu para usahawan meningkatkan kemahiran, memperkukuh operasi perniagaan dan mengembangkan potensi ekonomi masing-masing ke tahap yang lebih baik.


Dalam masa yang sama, pengisian Ziarah Kasih turut dilaksanakan menerusi kunjungan ke kediaman penduduk di bawah kawasan JPKKP Kampung Bukit Besi dan JPKKP Perumahan Bukit Besi. Menerusi program ini, sumbangan berupa bakul makanan dan wang tunai disampaikan kepada enam penerima sebagai tanda keprihatinan serta sokongan KETENGAH terhadap golongan yang memerlukan.


Enam penerima sumbangan tersebut ialah Noorhayati binti Ab. Rahim, Salmah binti Taib, Saidin bin Haya, Wan Samsuddin Wan A Kadir, Nor Farah Fazilah binti Hamzaini dan Roziani binti Hamid.


Pelaksanaan ketiga-tiga pengisian ini mencerminkan komitmen berterusan KETENGAH dalam melaksanakan pembangunan yang menyeluruh, bukan sahaja melalui pemerkasaan ekonomi dan keusahawanan, malah turut memberi perhatian kepada aspek kebajikan serta kesejahteraan masyarakat.


Melalui pendekatan turun padang dan interaksi secara langsung ini, KETENGAH berharap hubungan antara agensi dengan komuniti akan terus diperkukuh, sekali gus memastikan setiap inisiatif pembangunan yang dilaksanakan dapat memberikan manfaat dan impak positif kepada masyarakat di wilayah KETENGAH.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
578
Bulan Ini
24,148
Jumlah
4,006,145

Kemaskini: 5 November 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.