logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Majlis Perhimpunan Bulanan KETENGAH Kali Ke-3/2025

Majlis Perhimpunan Bulanan KETENGAH telah diadakan bertempat di Dewan Utama, Ibu Pejabat KETENGAH, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu. Majlis ini bukan sekadar protokol organisasi malah ianya adalah platform untuk menegur, memacu dan menyatukan arah kerja setiap warga KETENGAH dari peringkat atas dan bawah agar faham peranan masing-masing dalam menyokong matlamat organisasi KETENGAH yang disayangi dan aspirasi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

YM Datoโ€™ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan KETENGAH atas segala usaha, kerja keras dan komitmen yang telah dicurahkan dalam menjayakan pelbagai program dan aktiviti KETENGAH sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Tanpa semangat kerja berpasukan dan dedikasi yang tinggi daripada semua, mustahil untuk kita capai apa yang telah dicapai pada hari ini.
Beliau juga mengingatkan kepada semua kakitangan walau di mana jua kita berada, kita membawa nama KETENGAH. Oleh itu, tanggungjawab kita untuk sentiasa menjaga imej dan maruah organisasi ini. Setiap tindakan kita, baik di dalam atau di luar waktu bertugas, mencerminkan identiti dan integriti KETENGAH itu sendiri.

Dalam majlis yang sama disampaikan sumbangan kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) dan kecemerlangan sukan serta peluncuran Kejohanan Sukan MAKSPEN XV/2025.