Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

PASUKAN CONGKAK KETENGAH RANGKUL EMAS MAKSPEN XV!

26 Oktober 2025
PASUKAN CONGKAK KETENGAH RANGKUL EMAS MAKSPEN XV!

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Congkak KETENGAH atas kejayaan cemerlang menjuarai acara congkak dan seterusnya memenangi pingat emas di Temasya Sukan MAKSPEN XV yang berlangsung dari 21 hingga 26 Oktober 2025.


Kejayaan ini amat bermakna apabila pasukan ini berjaya menamatkan kemarau pingat emas selama 18 tahun, sejak kali terakhir meraih kemenangan pada tahun 2007. Ia merupakan hasil daripada komitmen tinggi, disiplin, strategi permainan yang berkesan serta semangat juang yang tidak pernah luntur dalam kalangan pemain.


Dalam perlawanan akhir yang penuh debaran, Pasukan Congkak KETENGAH berjaya menewaskan pasukan KEDA, sekali gus membuktikan bahawa kerjasama berpasukan, kesungguhan dan ketabahan merupakan kunci utama kejayaan.


Pihak pengurusan KETENGAH turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pemain, pengurus pasukan serta penyelaras yang telah menunjukkan dedikasi tinggi sepanjang temasya ini berlangsung.


Senarai Pasukan Congkak KETENGAH: Pengurus: Puan Zulita binti Mohamed


Penyelaras: Puan Ratnawati @ Saedah binti Abd Razak


Pemain:

1. Puan Aidawati binti Yahaya

2. Puan Suriawati binti Che Hassan

3. Puan Wan Haryati binti Wan Hussin

4. Puan Sulieana binti Aziz

5. Puan Ruzita binti Ahmad

6. Puan Zanura binti Salleh


Kejayaan ini diharap menjadi penyuntik semangat kepada seluruh warga KETENGAH untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang masing-masing serta terus mengharumkan nama organisasi.


Tahniah dan syabas sekali lagi kepada Pasukan Congkak KETENGAH atas kejayaan ini!

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.