Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Media Terengganu bertempat di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu. Majlis ini merupakan acara tahunan bertujuan menghargai peranan media di atas liputan berita disamping bersuaikenal dan merapatkan lagi ikatan silaturrahim yang telah lama terjalin.
YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar dalam ucapannya berkata “Sesungguhnya, saya merasa amat berbesar hati untuk menganjurkan majlis seumpama ini sebagai satu bentuk ucapan terima kasih dan penghargaan buat warga media di negeri Terengganu yang sentiasa membantu KETENGAH selama ini. Saya berharap, majlis ini bukan sahaja untuk merapatkan lagi hubungan media dan KETENGAH tetapi juga menzahirkan penghargaan buat agensi media di negeri Terengganu khususnya dalam memberikan bantuan liputan dan pelaporan terhadap imej baik dan pencapaian KETENGAH.”
Sementara itu YBhg. Dato’ Seri (Dr.) Ahmad bin Said, Pengerusi KETENGAH turut merakamkan penghargaan kepada media Terengganu yang banyak memberi sokongan kepada KETENGAH dan kami sentiasa menghargai petugas-petugas media yang bertungkus lumus menyajikan berita-berita terkini kepada masyarakat khususnya berita dari KETENGAH.
Majlis tersebut turut dihadiri pengurusan KETENGAH dan diurus kendalikan oleh Unit Komunikasi Korporat KETENGAH. Terima kasih kepada semua media Terengganu yang sudi hadir berbuka puasa bersama kami.