Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

KETENGAH PERKUKUH PERANCANGAN SISTEM PEMBETUNGAN WILAYAH MENERUSI KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA JPP, SPAN DAN IWK

29 Oktober 2026
KETENGAH PERKUKUH PERANCANGAN SISTEM PEMBETUNGAN WILAYAH MENERUSI KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA JPP, SPAN DAN IWK

KETENGAH telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan dan Lawatan Tapak bersama Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Perancangan Strategik JPP, Encik Kasri bin Abd Ghani, dengan penyertaan wakil Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Indah Water Konsortium (IWK).


Program yang berlangsung pada 27 hingga 29 Oktober 2026 ini bertujuan membincangkan cadangan pelaksanaan Kajian Pelan Induk Sistem Pembetungan di Wilayah KETENGAH. Sepanjang program tersebut, sesi perbincangan dan lawatan tapak telah dilaksanakan bagi meneliti keadaan semasa, mengenal pasti keperluan serta menilai aspek berkaitan sistem pembetungan di lokasi-lokasi terlibat. Sesi ini turut menjadi platform perkongsian maklumat dan input teknikal antara agensi bagi memastikan perancangan kajian dapat dilaksanakan secara menyeluruh, sistematik dan berkesan.


Sesi rumusan lawatan turut dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Radzi bin Md Noor, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH. Kerjasama strategik antara KETENGAH, JPP, SPAN dan IWK ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh perancangan serta pembangunan infrastruktur pembetungan yang lebih cekap dan mampan. Inisiatif ini juga selaras dengan usaha meningkatkan kualiti persekitaran, memperkukuh kemudahan asas serta menjamin kesejahteraan penduduk di Wilayah KETENGAH.


Diharapkan pelaksanaan kajian ini dapat menghasilkan pelan induk yang komprehensif sebagai panduan strategik kepada pembangunan sistem pembetungan yang lebih terancang, berkesan dan memenuhi keperluan pembangunan Wilayah KETENGAH pada masa hadapan.

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
140
Bulan Ini
15,327
Jumlah
3,997,324

Kemaskini: 1 November 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.