Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Bengkel MyPerformance kepada Pegawai dan Kakitangan KETENGAH

7 Februari 2025
Bengkel MyPerformance kepada Pegawai dan Kakitangan KETENGAH

Selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) pada 1 Disember 2024, pelaksanaan sistem penilaian prestasi baharu iaitu MyPerformance telah diperkenalkan dan diperincikan dibawah Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian UP.4.1.1: Dasar Baharu Pengurusan Prestasi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana (MyPerformance) yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2025.


Selaras dengan strategi Kerajaan untuk membangunkan kompetensi dan membudayakan nilai dalam pengurusan bakat perkhidmatan awam bagi meningkatkan produktiviti negara, inisiatif penyesuaian sistem pengurusan prestasi berasaskan fungsi dan peranan jabatan serta pemberian ganjaran berasaskan prestasi telah diperkenalkan.


Oleh itu, bagi memastikan pelaksanaan MyPerformance berjalan dengan lancar sebagaimana yang ditetapkan, KETENGAH telah mengambil pendekatan dengan melaksanakan Bengkel MyPerformance kepada Pegawai dan Kakitangan KETENGAH Tahun 2025 kepada 35 orang pegawai dan kakitangan KETENGAH pada 5 hingga 7 Februari 2025 bertempat di Ibis Hotel, Melaka.


Kursus ini telah diadakan oleh Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia dengan kerjasama pegawai daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah iaitu Encik Mohd Zuhaili bin Rosli dan Encik Azrali bin Aris.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.