Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

KUNJUNG HORMAT DAN SESI LIBAT URUS KETENGAH KE LHDN PERKUKUH KERJASAMA

22 Julai 2026
KUNJUNG HORMAT DAN SESI LIBAT URUS KETENGAH KE LHDN PERKUKUH KERJASAMA

KUALA TERENGGANU, 22 Julai 2026 – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah mengadakan kunjung hormat dan sesi libat urus ke Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) Cawangan Negeri Terengganu bagi memperkukuh hubungan strategik serta memperluas kerjasama antara kedua-dua agensi dalam aspek tadbir urus, pematuhan dan pengurusan organisasi.


Delegasi KETENGAH diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad, bersama beberapa pegawai kanan agensi. Ketibaan delegasi telah disambut oleh Encik Zainuddin bin Kadir, Pengarah Operasi, Seksyen Siasatan serta Puan Noor Aliza Binti Taib, Pengarah Operasi Negeri, Seksyen Khidmat Pelanggan LHDN Cawangan Negeri Terengganu.


Turut menyertai kunjungan tersebut ialah Pengurus Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia, Pengurus Kewangan dan Perakaunan, Pengurus Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Juruaudit KETENGAH.


Sesi libat urus yang berlangsung dalam suasana penuh muhibah itu memberi ruang kepada kedua-dua agensi untuk bertukar pandangan dan berkongsi amalan terbaik, pematuhan perundangan, pengurusan hasil serta aspek pentadbiran.


KETENGAH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak LHDN Cawangan Negeri Terengganu atas sambutan mesra dan kesudian menerima kunjungan ini. Diharapkan hubungan yang terjalin akan terus diperkukuh melalui pelbagai inisiatif kerjasama yang memberi manfaat kepada kedua-dua organisasi.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.