Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

KURSUS PENGURUSAN ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI) KEPADA PEGAWAI DAN KAKITANGAN KETENGAH TAHUN 2026

9 Jun 2026
KURSUS PENGURUSAN ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI) KEPADA PEGAWAI DAN KAKITANGAN KETENGAH TAHUN 2026

8-9 JUN 2026 – Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia, KETENGAH telah menganjurkan Kursus Pengurusan Artificial Intelligence (AI) Tahun 2026 bertempat di Kelab Golf Bukit Besi yang melibatkan seramai 32 orang Pegawai Pengurusan dan Profesional (P&P). Kursus ini merupakan satu inisiatif ke arah memperkukuhkan kompetensi warga kerja KETENGAH dalam mendepani era transformasi digital dan Revolusi Industri 4.0.


Kursus ini telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Ir. Dr. Ahmad Nizar Harun, Ketua Pegawai Pembangunan Perniagaan MIMOS Services Sdn. Bhd., yang berkongsi pengetahuan, pengalaman serta perkembangan semasa berkaitan teknologi Artificial Intelligence (AI) dan potensi penggunaannya dalam meningkatkan kecekapan pengurusan organisasi.


Antara objektif utama kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman pegawai mengenai konsep, aplikasi dan perkembangan terkini AI, memberi pendedahan kepada penggunaan teknologi AI dalam pelaksanaan tugasan harian, memperkasa kemahiran digital warga kerja serta membudayakan inovasi dalam penyampaian perkhidmatan.


Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh Tuan Haji Abd Halim bin Yusof, Pengurus Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia KETENGAH. Dalam ucapan beliau, pengurusan berharap agar ilmu dan pendedahan yang diperoleh melalui kursus ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta bagi meningkatkan produktiviti, mempercepatkan proses kerja serta menyokong usaha pendigitalan organisasi secara menyeluruh.


Penganjuran kursus ini mencerminkan komitmen berterusan KETENGAH dalam melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berdaya saing dan bersedia mengadaptasi teknologi baharu bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, berkualiti dan berimpak tinggi kepada pelanggan serta penduduk Wilayah KETENGAH amnya.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
284
Bulan Ini
17,219
Jumlah
3,962,099

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.