Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

PROGRAM SIMULASI KETENGAH FOOD VALLEY

18 Disember 2025
PROGRAM SIMULASI KETENGAH FOOD VALLEY

KETENGAH telah melaksanakan Program Simulasi KETENGAH Food Valley sebagai satu langkah strategik ke arah memperkasa pembangunan ekosistem Lembah Makanan KETENGAH yang merangkumi sektor industri kecil dan sederhana (IKS), ternakan, akuakultur dan pertanian.


Program ini melibatkan penyertaan pelajar Kolej KETENGAH dan kakitangan KETENGAH bertujuan mendapatkan input, maklum balas dan mengenal pasti penambahbaikan sebelum pelaksanaan sebenar dilaksanakan.


Sepanjang simulasi, para peserta dibawa oleh tour guide yang dilantik melalui beberapa checkpoint yang telah ditetapkan bagi merasai pengalaman sebenar pelaksanaan program yang dirangka.

Input dan maklum balas yang diterima akan dijadikan asas penting ke arah pelaksanaan program yang lebih tersusun, praktikal dan berkesan, sekali gus menyokong agenda pembangunan KETENGAH yang lebih mampan dan memberi manfaat kepada usahawan KETENGAH.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.