logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Lawatan Kerja Pengerusi dan Ahli Jemaah Lembaga KETENGAH ke Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)

Pelbagai usaha yang dirancang dan dilaksanakan oleh KETENGAH dalam usaha merealisasikan agenda keterjaminan makanan (food security). Salah satunya adalah perancangan projek tanaman kelapa yang akan dilaksanakan oleh KETENGAH melalui syarikat anak bagi mengurangkan kebergantungan kepada import dan dapat memenuhi keperluan kelapa segar serta produk dari kelapa di pasaran.

YBhg. Dato’ Seri (Dr.) Haji Ahmad bin Said, Pengerusi KETENGAH bersama Ahli Jemaah Lembaga telah mengadakan lawatan kerja ke KEJORA bagi melihat Projek Tanaman Kelapa di Semberong, Johor. Hadir sama YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH dan Encik Ramli bin Shahul Hameed, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ketengah Holding Sdn. Bhd.

Tujuan lawatan adalah untuk perbincangan berkenaan kolaborasi seperti perkongsian kepakaran ilmu dan pengalaman dalam bidang agrotani khususnya tanaman kelapa yang dilaksanakan oleh pihak KEJORA disamping mengeratkan lagi ikatan silaturrahim yang sedia terjalin.

Deligasi dari KETENGAH telah diraikan dalam satu majlis makan malam bersama Yang Berhormat Tuan Aznan bin Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Yang Berbahagia Tuan Haji Miswan bin Yunos, Pegawai Daerah Kota Tinggi, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA, Yang Berusaha Puan Hajah Azurawati binti Wahid, Pegawai Daerah Kluang merangkap Ahli Lembaga Pengarah KEJORA dan Pengurusan KEJORA.

Rombongan telah dibawa melawat tapak cadangan pelaksanaan projek tanaman kelapa KEJORA di Sungai Sembrong Kiri, Kluang, Johor dan turut dibawa melawat ke Ladang Ternakan Ayam Komersial dan Ladang Durian yang diusahakan oleh Kejora Agro Sdn. Bhd.

Semoga jalinan kerjasama strategik di antara KETENGAH dengan KEJORA terus dipertingkat agar agenda pembangunan wilayah dapat diperkasakan demi memajukan masyarakat desa.
YBhg. Dato’ Seri (Dr.) Haji Ahmad bin Said turut mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Lembaga KETENGAH Bilangan 1 Tahun 2025.

Terima kasih kepada pihak Pengurusan KEJORA terutamanya kepada Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA yang sudi menerima kunjungan deligasi daripada KETENGAH.