Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

KETENGAH SALUR BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR

18 Disember 2025
KETENGAH SALUR BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR

Seramai 506 orang mangsa daripada 115 keluarga telah ditempatkan di 8 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dalam Wilayah KETENGAH sehingga jam 12.00 tengah hari susulan banjir gelombang kedua yang melanda beberapa kawasan di daerah Dungun dan Kemaman.


Sebagai tanda keprihatinan KETENGAH terhadap kebajikan masyarakat setempat, YBrs. Dr. Mohd Zaki bin Haji Salleh, yang mewakili Pengerusi KETENGAH, YBhg. Dato’ Rozi bin Mamat, telah menyampaikan sumbangan berupa 84 kit bantuan bencana kepada mangsa-mangsa banjir yang terjejas. Hadir sama Puan Zulita binti Mohamed, Pengurus Bahagian Perancangan Strategik KETENGAH.


Kit bantuan tersebut mengandungi barangan keperluan asas seperti makanan kering, tuala, dan barangan kebersihan diri dan telah diagihkan kepada mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Kampung Air Putih, Kemaman. Inisiatif ini merupakan usaha murni KETENGAH bagi meringankan beban mangsa dan memberi sokongan sepanjang tempoh yang sukar ini.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.