Gelombang kedua banjir yang melanda wilayah KETENGAH telah menyebabkan penduduk Kampung Pasir Raja untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja. Seramai 102 orang dari 33 keluarga telah berlindung di PPS berkenaan bagi memastikan keselamatan mereka.
Sebagai tanda prihatin dan komitmen KETENGAH untuk bersama-sama masyarakat di saat kesulitan, KETENGAH telah menyalurkan bantuan berupa kit bantuan bencana kepada mangsa-mangsa yang terjejas. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban mereka yang terpaksa menghadapi keadaan mencabar akibat bencana ini.
Encik Shamsul Kamal bin Mohd Amin, Ketua Unit Integriti KETENGAH, telah menyerahkan bantuan secara simbolik kepada Encik Adnan bin Apil, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Pasir Raja.
YDH Supt. Maizura binti Abdul Kadir, Ketua Polis Daerah Dungun, yang turut meluangkan masa untuk melihat keadaan PPS dan memberikan sokongan kepada penduduk yang terjejas.
KETENGAH dan agensi kerajaan yang berkaitan akan terus berusaha untuk memastikan kesejahteraan dan keselamatan masyarakat sepanjang tempoh pemulihan bencana ini.








