Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

PROGRAM ASPIRASI AHSAN SYAKHSIAH BELIA LUAR BANDAR (ASY-SYABAB 5.0) WILAYAH KETENGAH TAHUN 2025

19 Disember 2025
PROGRAM ASPIRASI AHSAN SYAKHSIAH BELIA LUAR BANDAR (ASY-SYABAB 5.0) WILAYAH KETENGAH TAHUN 2025

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), selaku agensi pelaksana di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), telah berjaya menganjurkan Program Aspirasi Ahsan Syakhsiah Belia Luar Bandar (Asy-Syabab 5.0) untuk Program Bina Insan (PBI) Wilayah KETENGAH bagi tahun 2025. Program ini bertujuan untuk memperkasakan belia luar bandar melalui pengukuhan jati diri, sahsiah, serta kemahiran kepimpinan dan komunikasi yang diperlukan untuk menghadapi cabaran masa depan.


Program yang berlangsung selama tiga hari, bermula pada 18 hingga 20 Disember 2025, telah dikendalikan oleh Al Fateh Training & Consultant. Sepanjang program, para peserta telah menyertai pelbagai aktiviti utama, antaranya Slot Pemantapan Jati Diri & Sahsiah yang memberi penekanan kepada pembentukan integriti dan peribadi unggul, serta Modul Kepimpinan dan Kemahiran Komunikasi yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti kepimpinan dan kemahiran interaksi. Selain itu, para peserta turut diperkenalkan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (T-VET) yang disampaikan oleh Kolej Ketengah.


Peserta juga berpeluang mengikuti Lawatan Bermaklumat ke Universiti DRB-HICOM untuk mendapatkan pendedahan terhadap persekitaran kampus serta peluang-peluang pendidikan tinggi yang ada.


Majlis penutupan program dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Rozi bin Mamat, Pengerusi KETENGAH. Hadir sama YM. Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH, dan YBrs. Encik Faizol bin Abd Aziz, Pengurus Pembangunan Masyarakat dan Sosial.


Penganjuran Program Asy-Syabab 5.0 ini mencerminkan komitmen berterusan KETENGAH dalam menyediakan platform terbaik bagi melahirkan modal insan yang kompeten, berdaya saing, dan berkemahiran tinggi demi kemajuan dan pembangunan wilayah yang mampan.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
252
Bulan Ini
17,187
Jumlah
3,962,067

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.