Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

MANGSA BANJIR DIBANTU- 85 KIT BANTUAN BENCANA DIAGIHKAN

19 Disember 2025
MANGSA BANJIR DIBANTU- 85 KIT BANTUAN BENCANA DIAGIHKAN

KETENGAH meneruskan usaha murni dalam menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir yang terjejas di wilayah KETENGAH. Kemaman merupakan salah satu daerah yang mengalami kesan teruk akibat bencana banjir gelombang kedua yang melanda beberapa kawasan di negeri ini. Sebagai tanda keprihatinan terhadap keadaan mereka, sebanyak 85 kit bantuan bencana telah diagihkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang terletak di daerah ini. Agihan bantuan tersebut melibatkan Dewan Serbaguna Felda Seberang Tayor (67 kit), Masjid Batu 14 Kuala Tayor(4 kit), dan Dora Batu 14, Kuala Tayor (14 kit).


Bantuan yang disampaikan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan KETENGAH dalam meringankan beban mangsa banjir. Penyampaian sumbangan tersebut telah dilakukan oleh YBrs. Dr. Mohd Zaki bin Haji Salleh, yang mewakili Pengerusi KETENGAH, YBhg. Dato’ Rozi bin Mamat. Kehadiran Dr. Mohd Zaki disambut dengan rasa syukur dan kegembiraan oleh mangsa banjir.


Dr. Mohd Zaki turut meluangkan masa untuk bertanya khabar kepada mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Felda Seberang Tayor. Beliau juga meninjau keadaan banjir di kawasan tersebut bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang situasi yang dihadapi oleh penduduk setempat.


Selain itu, Dr. Mohd Zaki juga memberi kata-kata semangat kepada mangsa-mangsa banjir, sambil memastikan bahawa segala bentuk bantuan yang disalurkan dapat diterima dengan baik oleh mereka yang memerlukan. Kunjungan beliau ke PPS Dewan Serbaguna Felda Seberang Tayor memberi ruang untuk bertanya tentang keperluan yang masih diperlukan oleh mangsa, serta memberikan sokongan moral kepada mereka yang berada dalam tempoh pemulihan.


Setakat jam 12.00 tengah hari seramai 726 orang mangsa dari 213 keluarga masih ditempat di 13 buah PPS di daerah Dungun (2 PPS) dan daerah Kemaman (11 PPS).

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
285
Bulan Ini
17,220
Jumlah
3,962,100

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.