Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

MAJLIS MAKAN MALAM PENGURUSAN KETENGAH BERSAMA KONTINJEN PERARAKAN DAN PERBARISAN KETENGAH TAHUN 2024

5 Ogos 2024
MAJLIS MAKAN MALAM PENGURUSAN KETENGAH BERSAMA KONTINJEN PERARAKAN DAN PERBARISAN KETENGAH TAHUN 2024

KETENGAH menghargai hasil kesepaduan dan komitmen serta semangat yang diberikan oleh peserta-peserta perbarisan KETENGAH tahun 2024, dengan mengadakan Majlis Makan Malam bertempat di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu. Kontinjen KETENGAH yang menyertai perarakan tersebut dianggotai 44 orang terdiri 28 pegawai dan kakitangan lama dan 16 lantikan baru.


Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa berkata, “Saya amat menghargai komitmen dan semangat yang telah ditunjukkan oleh kontinjen KETENGAH yang telah memulakan latihan pada 5 Ogos 2024. Dengan masa yang agak terhad, kita mampu untuk membawa imej KETENGAH kepada masyarakat melalui program perarakan dan perbarisan ini. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat”.


Pengurus Besar menambah “Bersama-samalah kita menggelorakan sambutan Bulan Kebangsaan dan mengibarkan Jalur Gemilang. Selamat menyambut bulan perayaan kita, bulan Kebangsaan, bulan kemerdekaan ke-67 tahun”.


Hadir sama pada program berkenaan adalah Pengurus Kanan (Korporat), Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad dan Pengurus-pengurus Bahagian serta Ketua Unit.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
252
Bulan Ini
17,187
Jumlah
3,962,067

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.