Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

TAHNIAH PASUKAN TARIAN SK SAUJANA SETIU JUARA PERTANDINGAN TARIAN RAMPAIAN D’KENYIR

1 November 2025
TAHNIAH PASUKAN TARIAN SK SAUJANA SETIU JUARA PERTANDINGAN TARIAN RAMPAIAN D’KENYIR

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Tarian Sekolah Kebangsaan Saujana Setiu yang telah berjaya meraih tempat pertama dalam Pertandingan Tarian Rampaian D’Kenyir sempena Festival Kenyir Geopark 2025.


Pasukan ini terdiri daripada lima orang penari lelaki dan lima orang penari perempuan yang mempersembahkan gabungan tarian menarik menerusi lagu Watimang Landak dan Kolek Berkolek.


Persembahan yang mantap dan memukau tersebut telah berjaya menarik perhatian juri sehingga melayakkan mereka dinobatkan sebagai Johan Pertandingan serta penerima anugerah Kareografi Terbaik. Kumpulan ini diketuai oleh Sir Khairidi Sanusi dan Puan Rahayu Safrudin, dengan bimbingan Guru Pengiring, Cikgu Alham Radzie.


Tahniah juga diucapkan kepada semua peserta lain yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini atas semangat, kreativiti, dan persembahan yang begitu mengagumkan.


Kejayaan dan penyertaan anda semua telah menyerikan lagi penganjuran Festival Kenyir Geopark 2025.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
252
Bulan Ini
17,187
Jumlah
3,962,067

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.