Telah berlangsung Program Gotong-Royong Komuniti KETENGAH Sempena Program Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2024 yang dianjurkan KETENGAH dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UITM) Cawangan Terengganu.
Program KKEC tersebut telah berlangsung bermula 2 hingga 7 September 2024 (Isnin hingga Sabtu) melibatkan seramai 700 orang pelajar UiTM seluruh Malaysia yang telah berkampung di UiTM Kampus Bukit Besi.
Gotong-royong melibatkan kerja-kerja pembersihan melibatkan kerja pemangkasan pokok, pembersihan kawasan dan kerja mengecat di Surau Kampung Padang Lalang, Bukit Besi, Dataran Esplanade dan Kawasan Air Terjun Tasik Puteri dan laluan masuk Bandar Bukit Besi dengan kerjasama kakitangan KETENGAH.
Turut hadir ke program tersebut ialah Timbalan Naib Canselor UiTM, Profesor Dr. Haji Mohd Sazili Shahibi, Encik Faizol bin Abd Aziz mewakili YM. Dato’ Pengurus Besar KETENGAH dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Bukit Besi.
Jalinan kerjasama yang diwujudkan antara KETENGAH dan UiTM ini secara asasnya telah mempromosikan Tasik Puteri sebagai salah satu lokasi pelancongan yang menarik. Diharapkan impak daripada penganjuran program sebegini sedikit sebanyak membantu memperkaya aspek modal insan di kawasan setempat seterusnya membawa kawasan pelancongan KETENGAH sebagai salah satu destinasi unik yang tersenarai sebagai tempat perlu dilawati dan diteroka.