Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

KETENGAH MENYERTAI PERARAKAN DAN PERBARISAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2024

1 September 2024
KETENGAH MENYERTAI PERARAKAN DAN PERBARISAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2024

Kontinjen KETENGAH yang dianggotai seramai 44 orang turut memeriahkan hari yang penuh bersejarah ini bersama ribuan rakyat Terengganu. Lebih 4,000 peserta daripada 122 kontinjen seluruh kawasan di negeri Terengganu terlibat dalam perarakan terbabit.


Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Terengganu bersama adindanya, Tengku Sri Setia Mahkota Raja, Tengku Muhammad Mua’az untuk menyaksikan perarakan kontinjen.


Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, YABhg. Toh Puan Seri Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman serta Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, YBM Tengku Seri Bijaya Raja.


Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa hadir memberikan tabik hormat kepada Kontinjen KETENGAH yang segak berbaju korporat namun tidak bertanding pada edisi tahun ini.


Bersama-samalah kita memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan dan mengibarkan Jalur Gemilang. Selamat menyambut bulan perayaan kita, bulan Kebangsaan, bulan kemerdekaan ke-67 tahun.


Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
252
Bulan Ini
17,187
Jumlah
3,962,067

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.