KETENGAH SERTAI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI PENGURUSAN ASET DAN STOR KKDW TAHUN 2026

Dungun, 6 Oktober 2026 | Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah menyertai Pertandingan Anugerah Kualiti dan Inovasi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Tahun 2026 bagi kategori Anugerah Pengurusan Aset dan Stor. Penyertaan KETENGAH diketuai oleh Puan Fadhlina binti Mohamed, Pengurus Kewangan dan Perakaunan, menerusi sesi pembentangan dan penilaian yang memfokuskan kepada pematuhan tatacara, keberkesanan pelaksanaan serta amalan terbaik dalam pengurusan aset alih, stor dan kenderaan jabatan.
Sesi penilaian dilaksanakan oleh panel penilai yang diketuai Encik Muhammad Razif bin Ruba'ai dari KKDW bersama wakil KESEDAR dan KEJORA. Turut hadir memberikan sokongan ialah Tuan Haji Radzi bin Mat Noor, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH. Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan KETENGAH dalam memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kecekapan pengurusan aset dan stor serta membudayakan inovasi ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti, cekap dan berintegriti.





