LAWATAN PRA SEKOLAH SK DURIAN MAS 1 BANDAR AL- MUKTAFI BILLAH SHAH, DUNGUN, TERENGGANU.

Muzium Bukit Besi hari ini telah menerima kunjungan Lawatan Sambil Belajar daripada Pra Sekolah SK Durian Mas 1 Bandar Al- Muktafi Billah Shah Dungun, Terengganu yang melibatkan seramai 25 orang peserta, terdiri daripada 20 orang pelajar dan lima orang guru pengiring yang telah diketuai oleh Puan Norazlen bt Nordin Guru Pra Sekolah SK Durian Mas 1.
Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada para pelajar mengenai sejarah, warisan serta perkembangan aktiviti perlombongan bijih besi di Bukit Besi. Sepanjang kunjungan, para pelajar berpeluang melihat bahan pameran dan koleksi sejarah yang dipamerkan di muzium serta mendengar penerangan berkaitan sejarah perlombongan bijih besi yang pernah menjadi antara aktiviti penting dalam perkembangan kawasan Bukit Besi.
Secara keseluruhannya, lawatan berlangsung dalam suasana yang ceria, teratur dan kondusif serta mendapat kerjasama yang baik daripada guru-guru pengiring. Diharapkan kunjungan ini dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada para pelajar, di samping memupuk minat dan kesedaran sejak usia awal terhadap kepentingan memelihara, menghargai dan melestarikan sejarah serta warisan negeri Terengganu.





