Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (Teknikal) KKDW Tahun 2024

7 September 2024
Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (Teknikal) KKDW Tahun 2024

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan menganjurkan Anugerah Kualiti dan Inovasi Peringkat KKDW Tahun 2024 iaitu merupakan salah satu pengisian tahunan Program Inovasi Kementerian selain daripada Hari Inovasi yang dijadualkan pada bulan November 2024.


Terdapat tujuh (7) kategori anugerah yang akan dipertandingkan pada tahun ini dan salah satu daripadanya adalah Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (Teknikal) KKDW Tahun 2024 dimana KKDW telah melantik KETENGAH sebagai urus setia serta jawatankuasa kecil bagi anugerah ini.


Justeru, KETENGAH menyambut baik amanah yang diberikan oleh pihak KKDW dan cuba memberikan yang terbaik kepada pihak Kementerian serta semua yang terlibat dalam pelaksanaan inovasi tersebut. Oleh itu , satu sesi pembentangan akhir bagi Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (Teknikal) KKDW 2024 telah diadakan pada 5 September 2024 bertempat di Raia Hotel & Convention Centre, Kuala Terengganu.


Sesi pembentangan akhir inovasi ini melibatkan sebanyak 11 penyertaan oleh agensi-agensi di bawah KKDW. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) dan turut hadir ialah Encik Hasri bin Omar, Pengurus Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia, serta En Mohd Hafiz bin Ahmad, Pengurus Zon Bebas.


Antara panel yang mengadili anugerah ini adalah terdiri daripada Ketua Panel Penilai iaitu Puan Wan Suraya binti Sahabaludin daripada Majlis Bandaraya Shah Alam, Encik Mohamad Shahruzuan bin Shamsudin, panel penilai kedua daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Putrajaya dan Encik Hilman bin Hajijan, panel penilai ketiga daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu (Unit Korporat). 


Keputusan akhir bagi semua anugerah yang dipertandingkan akan diumumkan oleh pihak KKDW pada kemuncak program inovasi iaitu pada bulan November 2024.


Pihak Pengurusan KETENGAH mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua agensi yang menyertai inovasi ini dan berharap agar dengan adanya pertandingan sebegini dapat meningkatkan kreativiti sekaligus memberi motivasi dan kepuasan penjawat awam kerana mereka dapat menyumbang kepada penambahbaikan dan pembaharuan serta kemahiran dalam bidang baru yang dapat memberikan manfaat yang jabatan dan juga kepada masyarakat.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
285
Bulan Ini
17,220
Jumlah
3,962,100

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.