Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

KETENGAH Menghargai Pesara: “Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi Tahun 2025”

14 Disember 2025
KETENGAH Menghargai Pesara: “Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi Tahun 2025”

Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi ini diadakan bukan sekadar untuk meraikan persaraan pegawai dan kakitangan yang bersara, tetapi sebagai penghormatan atas komitmen, disiplin dan sumbangan besar mereka sebagai penjawat awam di KETENGAH.


KETENGAH berusaha untuk memastikan bahawa setiap individu yang terlibat dalam organisasi ini mendapat penghormatan yang sewajarnya sebagai pengiktirafan terhadap dedikasi mereka yang telah mencurahkan ilmu, tenaga, dan masa demi kesejahteraan dan pembangunan masyarakat desa di wilayah KETENGAH.


Majlis yang berlangsung di Balai Orang Ramai (BALORA) ini telah dirasmikan oleh YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH. Hadir sama pada majis berkenaan ialah wakil daripada Persatuan Pesara KETENGAH.

Pengurus Besar KETENGAH berkata “Hari ini bukanlah hari perpisahan. Hari ini adalah hari menghargai, mengenang dan meraikan. Kita mengimbau perjalanan insan-insan hebat yang telah mencurahkan tenaga, masa, idea dan pengorbanan demi memastikan KETENGAH kekal memberi manfaat kepada masyarakat luar bandar “.


Beliau menambah “Saya merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada semua pesara atas jasa bakti yang tidak ternilai. Tidak kira tempoh perkhidmatan sama ada dua dekad, tiga dekad atau lebih, sumbangan kalian telah memberi kesan langsung kepada pembangunan organisasi dan masyarakat”.


KETENGAH berharap mereka yang telah menamatkan perkhidmatan ini dapat menikmati persaraan yang penuh dengan kebahagiaan dan dikurniakan kesihatan yang baik, serta terus berjaya dalam apa jua bidang yang mereka ceburi selepas ini.

“SELAMAT MENIKMATI ALAM PERSARAAAN DAN JASAMU TETAP DIKENANG”

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
285
Bulan Ini
17,220
Jumlah
3,962,100

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.