Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

PROGRAM BAYANUL ‘LM (PENERANGAN ILMU) SEMPENA PROGRAM SEPAKAT KORBAN BERSAMA KOMUNITI KETENGAH – HARI RAYA AIDILADHA 2025M/1446H

4 Jun 2025
PROGRAM BAYANUL ‘LM (PENERANGAN ILMU) SEMPENA PROGRAM SEPAKAT KORBAN BERSAMA KOMUNITI KETENGAH – HARI RAYA AIDILADHA 2025M/1446H

KETENGAH dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) dan Jawatankuasa Masjid Kampung Delong, Dungun telah menjayakan Program Bayanul ‘ Ilm (Penerangan Ilmu) Sempena Program Sepakat Korban Bersama Komuniti KETENGAH – Hari Raya Aidiladha 2025M/1446H di Masjid Kampung Delong, Dungun.


Program kali ini dikendalikan oleh penceramah bebas terkemuka tanah air iaitu YBrs. Tuan Haji Mokhtar Bin Haji Yaacob, yang telah mengupas berkaitan tajuk “Fiqh Korban”.


Program diserikan dengan kehadiran YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri Bin Tengku Musa, Pengurus Besar bersama pengurusan, pegawai dan kakitangan KETENGAH serta jemputan komuniti penduduk berhampiran. Ianya secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi ikatan ukhwah yang telah terjalin antara KETENGAH bersama komuniti penduduk dalam wilayahnya.


Semoga program sebegini dapat dilaksanakan lagi dengan kerjasama erat daripada semua pihak pada masa akan datang. Terima kasih semua pihak yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan pelaksanaan program kali ini.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
285
Bulan Ini
17,220
Jumlah
3,962,100

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.