Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Sambutan Tahun Baharu 1448 Hijrah Disambut Dengan Penuh Penghayatan

17 Jun 2026
Sambutan Tahun Baharu 1448 Hijrah Disambut Dengan Penuh Penghayatan

Dungun, 16 Jun 2026 | Sempena Sambutan Tahun Baharu 1448 Hijrah, Majlis Bacaan Doa Awal Tahun Hijriyyah dan Keselamatan serta Kesejahteraan Wilayah KETENGAH telah berlangsung di Masjid Kampung Serdang Dungun, Terengganu. Majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah sebelum diteruskan dengan ceramah bertajuk “Hijrah, Membina Ummah Cemerlang” yang disampaikan oleh YBhg. Ustaz Dato’ Dr. Haji Zulkifly bin Muda, Mantan Mufti Negeri Terengganu. Dalam ceramah tersebut, beliau mengupas makna hijrah sebagai satu proses transformasi yang perlu diterapkan dalam kehidupan setiap individu bagi melahirkan masyarakat yang berilmu, berakhlak mulia, bersatu padu dan berdaya saing.


Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan Doa Awal Tahun Hijrah yang dipimpin oleh YBhg. Ustaz Abdul Hadi bin Che Ab Halim, Johan Qari Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2026. Doa dipanjatkan agar kedatangan tahun baharu Hijrah membawa rahmat, keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat, khususnya warga wilayah KETENGAH.


Penganjuran majlis ini diharapkan dapat menyemarakkan semangat hijrah sebagai landasan memperbaiki diri dan memperkukuh keimanan, di samping memupuk perpaduan serta iltizam dalam membina ummah yang cemerlang, sejahtera dan mendapat keredaan Allah SWT di dunia serta akhirat.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
251
Bulan Ini
17,186
Jumlah
3,962,066

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.