Seramai 90 usahawan terdiri daripada peserta DIM 2023, DIM 2024, Suri Impian (SURIA) dan usahawan yang telah menghadiri KETENGAH Entrepeneurs NEXUS Programme telah menyertai Kursus Pemasaran Perniagaan, Tik Tok dan AI di bawah Program Do It Money (DIM) Wilayah KETENGAH Tahun 2025 anjuran Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Sosial KETENGAH dengan kerjasama Gig Venture Enterprise.
Kursus ini merupakan kesinambungan kepada usaha memperkasakan usahawan luar bandar melalui pendekatan teori dan praktikal berdasarkan keperluan semasa pasaran, khususnya dalam bidang pemasaran digital, aplikasi media sosial Tik Tok dan penggunaan teknologi AI bagi meningkatkan lagi kemahiran para usahawan.
Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Zainuddin bin Haji Md Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH. Turut hadir Encik Faizol bin Abd Aziz, Pengurus Pembangunan Masyarakat dan Sosial dan Encik Mohd Faiq bin Mohd Abd Majid, Pengurus Ekonomi dan Usahawan serta Encik Khairul Ikhwan bin Zulkifli, Pengurus Gig Venture.
Pada Majlis tersebut juga, penyampaian sijil tamat kursus serta bantuan komputer riba kepada para peserta sebagai simbolik sokongan kepada kelangsungan dan keberkesanan latihan yang telah dijalankan.
Didoakan agar segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang kursus ini akan memberi manfaat kepada semua peserta dan terus menyumbang kepada pembangunan ekonomi komuniti wilayah KETENGAH.