logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Pertandingan Memancing Meriahkan Festival Kenyir Geopark 2025

Pertandingan Memancing @ Festival Kenyir Geopark 2025 telah menjadi antara acara tumpuan utama sepanjang penganjuran Festival Kenyir Geopark 2025 yang berlangsung di Pulau Poh, Tasik Kenyir.

Pertandingan ini berjaya menarik penyertaan ramai kaki pancing dari dalam dan luar daerah yang hadir bagi menguji kemahiran masing-masing serta menikmati keindahan panorama Tasik Kenyir yang terkenal sebagai destinasi ekopelancongan dan aktiviti memancing rekreasi.

Selain menjadi aktiviti santai yang mengeratkan hubungan sesama peserta, pertandingan ini turut bertujuan mempromosikan potensi pelancongan memancing (angling tourism) di kawasan tadahan air terbesar di Asia Tenggara itu.

Hadiah yang ditawarkan berupa wang tunai berjumlah RM1,000 bagi juara, RM300 bagi tempat kedua, dan RM200 bagi tempat ketiga. Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif KETENGAH untuk memperkukuh sektor pelancongan komuniti setempat di bawah aspirasi Malaysia MADANI dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).