Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Lawatan Bermaklumat Plot Tanaman Bawang

24 Jun 2024
Lawatan Bermaklumat Plot Tanaman Bawang

Pada 24 Jun 2024 (Isnin), Lawatan Bermaklumat ke Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Serdang telah diadakan yang diketuai oleh Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Mohd Faiq bin Mohd Abd Majid, Pengurus Ekonomi dan Usahawan serta 5 orang pegawai dan kakitangan Bahagian Ekonomi dan Usahawan.


Taklimat dan lawatan tersebut disertai oleh Puan Nor Hazlina binti Mat Saat, Timbalan Pengarah Program Pembiakbakaan Tanaman, Pusat Penyelidikan Hortikultur MARDI Serdang, Encik Faiz bin Musa, Pegawai Penyelidik Bahagian Hubungan Kerjasama Antara Agensi dan pegawai MARDI dari Bahagian Penyelidikan Hortikultur.


Objektif utama lawatan bermaklumat ini diadakan untuk menimba ilmu dan mendapatkan pengetahuan berkenaan penanaman bawang dalam aspek penanaman, penjagaan, kawalan penyakit dan lepas tuai.


Secara keseluruhan, lawatan bermaklumat ini diharapkan dapat memberi manfaat sekaligus meningkatkan pengetahuan dalam bidang pertanian.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.