SESI BRAINSTORMING PERANCANGAN PERBANDARAN KETENGAH SIRI 1

13 Julai 2026 - KETENGAH melalui Bahagian Perkhidmatan Teknik telah menganjurkan sesi brainstorming strategik bertempat di Dewan Utama, Ibu Pejabat KETENGAH melibatkan 35 orang peserta yang terdiri daripada Pengurus dan Pegawai KETENGAH, diketuai oleh Tuan Haji Mohd Radzi bin Md Noor, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH.
Fokus sesi ini adalah bagi membincangkan Pelan Perancangan Perbandaran KETENGAH, khususnya bagi Bandar Bukit Besi dan Bandar Ceneh Baharu. Tuan Haji Mohd Radzi turut menekankan bahawa pembangunan bandar bukan sekadar tentang cadangan projek baharu, tetapi hendaklah mengambil kira identiti dan fungsi unik bandar, potensi pasaran dan ekonomi tempatan, faktor pemangkin (catalyst) pembangunan dengan pendekatan teknologi pintar (smart city).
Hasil input strategik ini akan diperhalusi untuk menyokong keputusan pengurusan tertinggi dalam merangka projek-projek di perbandaran yang dapat memberi impak terbaik kepada masyarakat.





