Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Program Gotong-Royong Bersama Komuniti Surau dan Tanah Perkuburan Wilayah KETENGAH 2026

13 Februari 2026
Program Gotong-Royong Bersama Komuniti Surau dan Tanah Perkuburan Wilayah KETENGAH 2026
12 Februari 2026 (Khamis), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah melaksanakan Program Gotong-Royong Bersama Komuniti melibatkan surau-surau serta kawasan tanah perkuburan di Wilayah KETENGAH bermula jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Program ini telah dijalankan secara serentak di Surau Kampung Belimbing, Surau Jongok Batu, Surau Batu 16 Tebak Kemaman, Surau Kampung Lubuk Batu Kemaman, Surau Pusat Islam KETENGAH Jaya Dungun, Surau Al-Ehsan Perumahan KETENGAH Bandar KETENGAH Jaya Dungun, Surau Bukit Tok Bilal Kampung Delong Dungun serta Surau Kampung Bukit Merah Dungun.

Pelaksanaan program ini melibatkan penyertaan warga kerja KETENGAH bersama komuniti setempat dalam aktiviti pembersihan kawasan surau dan tanah perkuburan bagi memastikan persekitaran yang bersih, teratur dan selesa untuk kegunaan masyarakat. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan KETENGAH dalam memperkukuh semangat kebersamaan, memupuk budaya sukarelawan serta mempererat hubungan antara agensi dan komuniti.

KETENGAH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
285
Bulan Ini
17,220
Jumlah
3,962,100

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.