Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

KETENGAH SERTAI PERTANDINGAN ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN AWAM (TEKNIKAL) KKDW TAHUN 2026 PULAU PINANG, 15 Oktober 2026

15 Oktober 2026
KETENGAH SERTAI PERTANDINGAN ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN AWAM (TEKNIKAL) KKDW TAHUN 2026 PULAU PINANG, 15 Oktober 2026

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah menyertai pertandingan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (Teknikal) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Tahun 2026 yang berlangsung di Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH), Pulau Pinang.


Penyertaan KETENGAH melibatkan seramai 10 orang peserta yang membawa idea dan inovasi bagi menyokong usaha meningkatkan kecekapan serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam.


KETENGAH diwakili oleh Kumpulan Tambroiders menerusi projek inovasi bertajuk "Sistem Keselamatan Kabin Kenderaan Bersepadu-Vitacare". Pertandingan ini menjadi platform untuk mengetengahkan idea kreatif, berkongsi pengetahuan serta menggalakkan budaya inovasi dalam kalangan warga perkhidmatan awam. Penyertaan ini mencerminkan komitmen KETENGAH dalam memperkukuh budaya inovasi dan penambahbaikan berterusan ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti, sistematik dan berkesan.


Syabas dan tahniah kepada Kumpulan Tambroiders atas komitmen dan usaha yang ditunjukkan. Semoga terus bersemangat dan memperoleh pengalaman berharga yang dapat dimanfaatkan untuk terus melakar kecemerlangan inovasi KETENGAH.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
391
Bulan Ini
41,138
Jumlah
3,986,018

Kemaskini: 21 Oktober 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.