Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

KETENGAH TERENGGANU INTERNATIONAL JUNIOR GOLF MASTERS 2026

14 Oktober 2026
KETENGAH TERENGGANU INTERNATIONAL JUNIOR GOLF MASTERS 2026

DUNGUN, 14 Oktober 2026 – Kejohanan KETENGAH Terengganu International Junior Golf Masters 2026 berjaya menghimpunkan seramai 68 peserta dari lima negara, iaitu Malaysia, Korea, China, Taiwan dan Indonesia. Penyertaan ini mencerminkan sambutan terhadap kejohanan anjuran Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dalam menyokong pembangunan bakat golf junior di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.


Berlangsung selama tiga hari, kejohanan ini mempertandingkan enam kategori, iaitu Khas (18 hingga 21 tahun), Bawah 17 Tahun, Bawah 15 Tahun, Bawah 12 Tahun, Best Terengganu dan Best Overall. Para peserta telah mempamerkan kemahiran, disiplin serta semangat kesukanan yang tinggi sepanjang pertandingan.


Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang atas kejayaan yang diraih.


Senarai Johan Kategori

• Khas Lelaki: Muhammad Norman Haikal bin Mazlan

• Khas Perempuan: Nursyakiratun Nisaa’

• Bawah 17 Tahun Lelaki: Muhammad Afham bin Othman

• Bawah 15 Tahun Lelaki: Raja Muhammad Syakir bin Raja Mohd Sukry

• Bawah 15 Tahun Perempuan: Raissa binti Ahmad Zuhaili

• Bawah 12 Tahun Lelaki: Ajwad Mikail bin Mohd Din

• Bawah 12 Tahun Perempuan: Nurrania Arissa binti Mohd Effan


Anugerah Pemain Terbaik

• Pemain Lelaki Terbaik: Muhammad Afham bin Othman

•Pemain Perempuan Terbaik: Raissa binti Ahmad Zuhaili


KETENGAH merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ketengah Holding Sdn. Bhd. selaku Penaja Utama, serta Empayar Damai Sdn. Bhd., HHA Associates Sdn. Bhd., A.D. Metal Trading & Transport, Casa Armada, RFL Petrolab dan Society of Petroleum Engineers (SPE) atas sokongan yang diberikan.


Penghargaan turut diberikan kepada pegawai dan kakitangan KETENGAH, pihak pengurusan Kelab Golf Bukit Besi, pegawai pertandingan, pengadil, jurulatih, sukarelawan, ibu bapa, penjaga, rakan strategik serta semua pihak yang terlibat dalam memastikan kejohanan berlangsung dengan lancar dan teratur.


Penganjuran kejohanan ini mencerminkan komitmen berterusan KETENGAH dalam memperkasa pembangunan sukan golf junior, di samping meningkatkan potensi Kelab Golf Bukit Besi sebagai destinasi pelancongan sukan di Terengganu. Usaha ini diharap dapat melahirkan lebih ramai pemain golf berbakat serta mengukuhkan hubungan antara komuniti golf tempatan dan antarabangsa.

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
266
Bulan Ini
37,096
Jumlah
3,981,976

Kemaskini: 18 Oktober 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.