Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

PROGRAM KENYIR LESTARI, COMMUNITY, NATURE & TOURISM

20 November 2026
PROGRAM KENYIR LESTARI, COMMUNITY, NATURE & TOURISM

Program Kenyir Lestari: Community, Nature & Tourism anjuran Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu melalui pendekatan Service-Learning Malaysia (SULAM) dan Corporate Social Responsibility (CSR) telah berlangsung dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).


Program ini melibatkan beberapa lokasi antaranya SK Sungai Berua, Kampung Temir, Primula by the Lake, Pengkalan Gawi dan Kenyir Elephant Cultural Village (KECV). Pelbagai pengisian dirancang bagi memberi pendedahan serta pengalaman kepada para peserta berkaitan kelestarian alam sekitar, pembangunan komuniti dan potensi pelancongan setempat.


Program ini diselaraskan oleh Dr. Maisarah binti Hamid, Pensyarah Kanan UiTM, dengan penglibatan Puan Muziakma binti Ali, Penolong Pengurus Kanan, Bahagian Zon Bebas KETENGAH bersama pegawai KETENGAH turut hadir memberikan kerjasama dan sokongan sepanjang pelaksanaan program.


Turut menyertai program ini ialah seramai 35 orang pensyarah dan pelajar UiTM berpeluang mendekati komuniti setempat, memahami kepentingan pemeliharaan alam semula jadi serta melihat sendiri potensi pembangunan pelancongan berasaskan komuniti di sekitar Tasik Kenyir.


Penglibatan KETENGAH dalam program seumpama ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh hubungan strategik bersama institusi pendidikan tinggi, di samping menyokong usaha memperkasa komuniti dan mempromosikan pelancongan mampan di Wilayah KETENGAH.


Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh demi manfaat bersama dan kelestarian pembangunan komuniti serta pelancongan pada masa hadapan.

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
1,492
Bulan Ini
45,651
Jumlah
4,027,648

Kemaskini: 24 November 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.