Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) Hulu Terengganu

20 November 2026
Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) Hulu Terengganu

KETENGAH melalui pelaksanaan Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) Hulu Terengganu telah menganjurkan Kursus Pemindahan Teknologi Pembiakan dan Pengurusan Ikan Air Tawar yang berlangsung selama tiga hari, bermula 17 hingga 19 November 2026 bertempat di Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) Glami Lemi, Jelebu, Negeri Sembilan.


Kursus ini melibatkan penyertaan seramai 14 orang peserta dari kawasan PROSPEK Hulu Terengganu dengan memberi penekanan kepada pendedahan ilmu, perkongsian teknologi serta peningkatan kemahiran dalam bidang pembiakan dan pengurusan ikan air tawar.


Penganjuran kursus ini turut memberi tumpuan kepada pembangunan aktiviti ternakan ikan dalam sangkar sebagai salah satu potensi ekonomi setempat yang mampu meningkatkan pendapatan dan memperkukuh sosioekonomi masyarakat kampung.


Majlis penutup kursus telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Mohd Faiq bin Mohd Abd Majid, Pengurus Ekonomi dan Usahawan KETENGAH, yang mewakili Yang Mulia Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH.


Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Yang Berusaha Puan Norhanizan binti Sahidin, Pengarah Institut Penyelidikan Perikanan Glami Lemi serta Encik Hanan bin Mohd Yusof, Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan Perikanan Glami Lemi.


KETENGAH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Institut Penyelidikan Perikanan Glami Lemi serta tenaga pengajar atas kerjasama dan perkongsian ilmu sepanjang kursus berlangsung.


Diharapkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh para peserta bagi mengembangkan aktiviti akuakultur secara lebih produktif, berdaya maju dan mampan.

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
1,492
Bulan Ini
45,651
Jumlah
4,027,648

Kemaskini: 24 November 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.