Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Yayasan KETENGAH Salur Bantuan Kecemasan & Tawar Rumah PPRS Kepada Mangsa Ribut

20 Mei 2026
Yayasan KETENGAH Salur Bantuan Kecemasan & Tawar Rumah PPRS Kepada Mangsa Ribut

AL MUKTAFI BILLAH SHAH, DUNGUN, 20 Mei 2026 | Yayasan KETENGAH hari ini menyalurkan bantuan kecemasan segera kepada sebuah keluarga yang terkesan akibat kejadian ribut di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS) di sini semalam. Kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu menyebabkan sebahagian garaj dan bumbung rumah yang didiami Encik Wan Muhammad Sapawi bin Wan Nawang bersama-sama isteri serta empat orang anaknya runtuh dan mengalami kerosakan.


Bantuan tersebut disampaikan oleh Pengerusi KETENGAH, YBhg. Dato’ Rozi bin Mamat bersama Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa bagi meringankan beban keluarga mangsa susulan kejadian berkenaan. Turut hadir Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH, YBrs. Tuan Haji Mohd Radzi bin Md Noor, barisan pengurusan KETENGAH serta pimpinan masyarakat setempat.


Dalam pada itu, keluarga berkenaan turut menerima khabar gembira apabila KETENGAH menawarkan sebuah rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) memandangkan mereka kini hanya menumpang di rumah milik kakak mangsa. Surat tawaran telah diserahkan sendiri oleh Pengerusi KETENGAH kepada keluarga mangsa.


Menurut Mohd Zaki bin Saman, Pengerusi JPKKP Taman Madani AMBS, rumah yang didiami keluarga tersebut ketika ini sudah tidak selamat dan  merupakan milik kakak mangsa yang telah dijual kepada pihak lain. Beliau berkata keprihatinan KETENGAH dalam membantu keluarga berkenaan amat dihargai, khususnya dalam menyediakan tempat perlindungan yang lebih selamat dan selesa.


Dalam pada itu Encik Wan Muhammad Sapawi berkata, keprihatinan yang ditunjukkan oleh KETENGAH membuktikan bahawa masih ada pihak yang sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan rakyat terutama golongan yang memerlukan bantuan ketika berhadapan situasi kecemasan dan bencana serta amat berterima kasih kerana menyalurkan bantuan kepadanya.


Penyaluran bantuan itu mencerminkan komitmen berterusan KETENGAH dalam memastikan kebajikan masyarakat sentiasa diberi perhatian terutama ketika berhadapan situasi kecemasan dan bencana.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
285
Bulan Ini
17,220
Jumlah
3,962,100

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.