Program Eco@Tourism KETENGAH: Setitis Darah, Sejuta Harapan

MUZIUM BUKIT BESI, DUNGUN — Seramai 40 individu tampil menderma darah pada Program Eco@Tourism KETENGAH: Setitis Darah, Sejuta Harapan yang berlangsung di Muzium Bukit Besi di sini pada 21 Mei lalu.
Program anjuran KETENGAH dengan kerjasama Hospital Sultanah Nur Zahirah itu mencatatkan kehadiran 130 peserta, dengan 40 daripadanya berjaya menyumbang darah bagi menambah bekalan untuk kegunaan pesakit yang memerlukan.
KETENGAH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini, khususnya Hospital Sultanah Nur Zahirah, para penderma serta peserta yang hadir memberikan sokongan.
Inisiatif ini bukan sekadar mencerminkan komitmen KETENGAH terhadap tanggungjawab sosial korporat, malah turut meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pendermaan darah sebagai amalan mulia yang mampu menyelamatkan nyawa.
KETENGAH turut berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi menyemai budaya prihatin, semangat kesukarelawanan serta memperkukuh nilai tanggungjawab sosial dalam kalangan masyarakat.





