LAWATAN TAPAK KE PULAU LIK, TASIK KENYIR DAN SESI PERBINCANGAN BERSAMA JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI (JAKOA)

23 Jun 2026 - Telah berlangsung satu lawatan tapak ke Pulau Lik, Tasik Kenyir bersama pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bagi meninjau status semasa kawasan serta membincangkan cadangan pembangunan yang berpotensi untuk dibangunkan.
Lawatan dan sesi perbincangan ini memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan mengenai aspek pengurusan, pentadbiran serta perancangan pembangunan Pulau Lik, Tasik Kenyir demi memastikan kawasan tersebut dapat dibangunkan secara terancang dan mampan.
Usaha kolaboratif ini diharapkan dapat menyumbang kepada kemajuan Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan dan pembangunan komuniti yang berdaya saing, sekali gus memberi manfaat kepada masyarakat setempat.





