LAWATAN SAMBIL BELAJAR SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU KUALA BERANG, TERENGGANU KE MUZIUM BUKIT BESI, DUNGUN, TERENGGANU

Muzium Bukit Besi, Dungun telah menerima kunjungan seramai 78 orang pelajar bersama guru pengiring dari Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang pada 22 Jun 2026. Lawatan pendidikan tersebut diketuai oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling, Puan Saifah Aziah Binti Hassan.
Program ini diadakan sebagai salah satu aktiviti pembelajaran luar bilik darjah bagi memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai sejarah perlombongan bijih besi di Bukit Besi serta peranannya dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri Terengganu pada suatu ketika dahulu.
Sepanjang lawatan, para pelajar berpeluang menelusuri pelbagai koleksi artifak, bahan pameran, gambar-gambar sejarah serta maklumat berkaitan industri perlombongan yang pernah berkembang pesat di Bukit Besi. Mereka turut diberikan penerangan mengenai sejarah penubuhan Muzium Bukit Besi, proses perlombongan bijih besi serta kehidupan masyarakat setempat semasa era perlombongan.
Lawatan seumpama ini bukan sahaja memperkukuhkan pembelajaran berasaskan sejarah dan warisan, malah menyokong usaha KETENGAH dalam memelihara, mempromosi dan mengangkat nilai sejarah Bukit Besi sebagai khazanah warisan yang bernilai untuk terus dihayati, dihargai dan diwarisi oleh generasi masa kini serta akan datang.
Diharapkan lawatan ini dapat memberikan manfaat serta pengalaman bermakna kepada para pelajar dalam mengenali dan menghargai sejarah tempatan yang menjadi sebahagian daripada identiti dan warisan negeri Terengganu.





