Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

KETENGAH sertai Seminar Keselamatan ICT KESEDAR 2025

23 September 2025
KETENGAH sertai Seminar Keselamatan ICT KESEDAR 2025

Seminar Keselamatan ICT KESEDAR 2025 berjaya menghimpunkan lebih 300 peserta di Dewan Dato’ Ariffin Said, Ibu Pejabat KESEDAR.


Program anjuran KESEDAR dengan penyertaan agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) itu turut diserikan dengan penglibatan KETENGAH sebagai pempamer, yang memperkenalkan teknologi Virtual Reality (VR) kepada peserta. Kehadiran KETENGAH bukan sahaja memberi pendedahan baharu berkaitan aplikasi teknologi interaktif, malah memperkukuh kerjasama antara agensi di bawah KKDW.


Seminar ini memberi tumpuan kepada isu ancaman siber yang semakin membimbangkan. Para peserta didedahkan dengan pelbagai teknik penipuan yang sering digunakan penjenayah siber serta langkah-langkah pencegahan yang wajar diamalkan bagi melindungi keselamatan maklumat dan transaksi dalam talian.


Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
231
Bulan Ini
17,166
Jumlah
3,962,046

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.