logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Lawatan Intervensi Projek Sakit/ Lewat Jadual oleh ICU JPM

Lawatan intervensi projek sakit/lewat jadual telah dilaksanakan pada 17 September 2025 oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang diketuai oleh Ir. Akram Bin Abdul Aziz, Ketua Seksyen Konsultatif.

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah wakil daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) iaitu Encik Mazlan Bin Mohd Daly, Ketua Penolong Setiausaha (TW) bersama Pegawai-Pegawai kanan kementerian.

KETENGAH diwakili oleh Encik Zainuddin Bin Hj. Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) bersama Pengurus Kewangan dan Perakaunan, Pengurus Hartanah dan Kuasa Tempatan, Jurutera Awam serta pegawai dan kakitangan berkaitan.

Tujuan lawatan ini adalah untuk meneliti status pelaksanaan serta mengenal pasti isu-isu semasa bagi projek berikut:
– PPK Air Putih, Kemaman
– PPK AMBS, Dungun

Sempena lawatan tersebut, telah diadakan sesi taklimat, perbincangan bersama pihak berkaitan serta lawatan ke tapak projek bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai perkembangan pelaksanaan.